MPI HARGAI TAJAAN DAN SUMBANGAN MALAM WARTAWAN MALAYSIA 2023
Majlis meraikan para penyumbang Malam Wartawan Malaysia 2023 (MWM 2023) telah berlangsung dengan jayanya pada 16 Mei 2023 bertempat di Hotel The Majestic, Kuala Lumpur.
Seramai 120 orang tetamu mewakili 38 organisasi korporat dan agensi kerajaan hadir bagi menyerahkan sumbangan masing-masing kepada Ahli Jawatankuasa Malam Wartawan Malaysia yang diketuai oleh YBhg Datuk Dr. Chamil Wariya.
Bagi tahun 2023, MPI secara kolektif telah menerima sumbangan dan tajaan kewangan berjumlah RM489,300 dari 47 organisasi korporat, agensi kerajaan, kerajaan negeri, YB Menteri dan organisasi media yang menyatakan persetujuan menjayakan penganjuran MWM 2023.
Sehingga ke tahun ini, PETRONAS masih kekal sebagai penaja utama Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-PETRONAS 2022 (HKM 2022) dengan nilai tajaan RM300,000 yang diperuntukkan kepada para pemenang HKM 2022.
Malam Wartawan Malaysia 2023 bakal diadakan pada 9 Jun 2023 bertempat di hotel yang sama.
Kepada pihak penyumbang, terima kasih kerana senantiasa menyokong penganjuran Malam Wartawan Malaysia dan jumpa pada malam kemuncak Malam Wartawan Malaysia nanti!
Berikut adalah rangkuman gambar-gambar sepanjang majlis berlangsung: