ANUGERAH
Penyertaan meningkat, kualiti karya membanggakan

Penyertaan meningkat, kualiti karya membanggakan

Ulasan Panel Hakim Anugerah Kewartawanan Kenyalang 2022, disampaikan oleh Pengerusi Malaysian Press Institute (MPI) Datuk Dr. Chamil Wariya, pada Malam Anugerah Kewartawanan Kenyalang 2022 di Hotel Imperial Miri pada 9 Disember 2022 jam 9 malam

PENGENALAN

Pertama-tama izinkan saya mengucapkan terima kasih kepada Federation of Sarawak Journalist Association (FJSA) kerana mengundang saya untuk turut serta pada Malam Anugerah Kewartawanan Kenyalang kali ke-34 pada malam ini yang berlangsung meriah di Miri.

Apa yang membanggakan saya, walaupun majlis ini berlangsung di Miri, tetapi para wartawan dari seluruh Sarawak turut bersama-sama kita pada malam ini, termasuk khabarnya 50 orang dari Kuching yang terbang ke sini semata-mata untuk menunjukkan solidariti terhadap satu acara tahunan yang memang ditunggu-tunggu setiap tahun.

Keduanya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada FJSA kerana secara berterusan sejak lebih tiga dekad menganjurkan Anugerah Kewartawanan Kenyalang 2022 dengan sokongan kuat daripada kerajaan Negeri Sarawak yang pada malam ini diwakili oleh Timbalan Premier, YB Dr. Sim Kui Hian yang mewakili Premier Sarawak selaku tetamu kehormat.

Tentunya saya juga menghargai kepercayaan yang diberikan oleh FJSA kepada Malaysian Press Institute (MPI) untuk bertindak sebagai sekretariat penghakiman Anugerah Kewartawanan Kenyalang untuk kesekian kalinya.

Dan memberi peluang kepada saya untuk menyampaikan ulasan panel hakim bagi Anugerah Kewartawanan Kenyalang 2022.

PENYERTAAN

Bagi pihak Panel Hakim, saya ingin melaporkan bahawa penyertaan yang diterima bagi Anugerah Kewartawanan Kenyalang 2022 mencatatkan peningkatan yang amat membanggakan iaitu sebanyak sebanyak 34% berbanding tahun 2021.

Bagi tahun 2022, anugerah Kewartawanan Kenyalang menerima 461 penyertaan berbanding 344 penyertaan pada tahun 2021.

Semua kategori bahasa meliputi media cetak & portal berita, fotografi serta penyiaran televisyen & video mengalami peningkatan penyertaan.

Pecahan peningkatan bagi 10 kategori yang dipertandingkan mengikut bahasa adalah seperti berikut:


1. Media cetak & portal berita: 

  • Bahasa Malaysia mencatatkan peningkatan sebanyak 57%  iaitu pertambahan 39 penyertaan iaitu 107 penyertaan diterima bagi Anugerah Kenyalang 2022 berbanding 68 pada 2021
  • Bagi Bahasa Cina peningkatan yang dicatatkan adalah sebanyak 81%  atau pertambahan sebanyak 34 penyertaan iaitu  76 penyertaan bagi tahun 2022 berbanding 42 pada 2021
  • Bagi Bahasa Inggeris pula terdapat peningkatan sebanyak 15%  atau pertambahan sebanyak 11 penyertaan) – 86 penyertaan bagi tahun ini berbanding 75 pada tahun 2021
  • Bahasa Iban pula mencatatkan peningkatan paling kecil iaitu sebanyak  14% iaitu pertambahan 4  penyertaan) – menjadikan 32 penyertaan bagi tahun ini berbanding 28 penyertaan tahun lalu.

2.  Fotografi pula mencatakan peningkatan sebanyak 38% atau 9 penyertaan) menjadikan 33 tahun ini berbanding 24 tahun lalu.

3. TV & Video dalam talian pula mencatatkan peningkatan 19% ( pertambahan 20 penyertaan) – iaitu 127 bagi Anugerah Kenyalang 2022 berbanding 107 tahun lalu.

Dari segi kategori pula, news reporting, journalism – feature and news feature, sports reporting dan broadcast journalism mencatatkan peningkatan yang agak ketara dari segi penyertaan untuk semua bahasa manakala bagi kategori lain penyertaan adalah stabil.

Perkembangan ini adalah petanda baik bagi Kenyalang Journalism Award dari segi penyertaan pada masa-masa akan datang.

ULASAN PANEL HAKIM

11 orang hakim telah dilantik untuk Anugerah Kenyalang Journalism Award 2022. Mereka terdiri daripada ahli-ahli akademik dalam bidang kewartawanan, media dan komunikasi selain wartawan veteran yang tidak lagi terikat dengan mana-mana organisasi media di Sarawak. Pemilihan hakim berdasarkan kriteria itu dibuat untuk memastikan bahawa penghakiman setiap karya yang diterima adalah objektif dan telus. Setiap hakim pula diminta untuk menyediakan ulasan masing-masing. Berikut saya kongsikan ulasan yang telah mereka zahirkan.

Secara keseluruhannya, dari segi kualiti panel hakim berpendapat teknik penceritaan dalam karya-karya yang dihasilkan adalah mendalam dan komprehensif; sekiranya karya yang digarap adalah berkaitan polisi dan wawasan kerajaan, ia telah berjaya digarap dengan baik. Dalam topik-topik tertentu, penggunaan sokongan infografik untuk menyampaikan mesej secara berkesan telah membantu khalayak memahami isu-isu yang diketengahkan. Pemilihan topik-topik semasa seperti inflasi, masalah rakyat mendapat pujian panel hakim.

Namun panel hakim juga mengesan beberapa kelemahan dalam karya-karya yang dikemukakan untuk Anugerah Kewartawanan Kenyalang 2022. Antara yang ketara adalah kesilapan ejaan dan tata Bahasa; suntingan lemah menganggu kelancaran pembacaan; pemilihan sumber atau responden yang memberi pengalaman dan pandangan yang sama, menjadikan minat membaca artikel boleh berhenti di mana-mana sahaja.

Kegagalan para wartawan melihat yang tersirat di sebalik yang tersurat dalam isu-isu yang dipaparkan juga dilihat sebagai kelemahan yang perlu diperbaiki oleh pengamal media di Sarawak. Bak kata seorang panel: some writers did not go beyond the obvious and ask the right questions, hence they failed to get a great deal of information from the respondents they interviewed.

Mengenai penyiaran televisyen dan video dalam talian, Panel Hakim mengemukakan ulasan berikut:

  • There are familiar names that keep producing excellent news coverage. Well planned, good choice of visuals, excellent audio and choice of interviewees too.
  • Issues such as the plight of rural folks lack of access to clean water was presented comprehensively & richly. Visuals usually supported the topic.

Namum panel hakim berpendapat:

  • Voice-over of news item can be improved
  • There are reports on culture & heritage of ethnicities that are not provided with interesting visual.
  • Drone for aerial views (especially in rural areas) should be utilized to highlight areas that can beef up storyline.

Ada kerisauan/Kebimbangan Hakim mengenai penyertaan penyiaran televisyen & video dalam talian.

  • Pertama, panel hakim mengharapkan ada pengasingan kategori bahasa Cina & Iban berbanding bertanding dalam satu payung kategori
  • Hal ini kerana perbezaan penyampaian & penggunaan bahasa menyukarkan untuk barisan hakim menghayati mesej yang ingin diketengahkan keranasasaran audien juga terlalu berbeza.

Sekian rumusan penting penyertaan dan pandangan panal hakim mengenai Anugerah Kewartawanan Kenyalang 2022. Moga ulasan-ulasan yang dizahirkan boleh dimanfaatkan oleh pengamal media Bumi Kenyalang untuk meningkatkan mutu karya-karya kewartawanan yang dihasilkan baik untuk kategori berita atau rencana.

Saya juga berharap karya-karya yang dihasilkan oleh para wartawan Sarawak bagi sepanjang tahun 2022 ini boleh dihantar untuk menyertai Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI PETRONAS 2022 yang menawarkan 18 kategori dengan hadiah bernilai RM300,000 tajaan PETRONAS. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Disember 2022. Masih sempat lagi.

 Terima kasih.

DATUK DR. CHAMIL WARIYA

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif

Malaysian Press Institute (MPI)