ANUGERAH

Rakaman gambar-gambar penyerahan sumbangan MWM2020
Majlis penyerahan sumbangan untuk menjayakan Malam Wartawan Malaysia 2020 berlangsung meriah di Hotel Majestic, Kuala Lumpur pada tengah hari 13 Ogos 2020.
Seramai 60 orang mewakili 23 badan korporat dan agensi kementerian hadir untuk menyerahkan penajaan masing-masing kepada ahli Lembaga Pemegang Amanah dan Majlis Pentadbir Malaysian Press Institute (MPI) selaku penganjur acara tahunan itu.
Sumbangan terkumpul yang diterima adalah sebanyak RM335,000.00.
PETRONAS pula menyumbang RM300,000.00 bagi menaja Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI PETRONAS 2019.
Hadiah kepada para pemenang akan disampaikan pada MWM 2020 yang bakal berlangsung pada 11 September 2020 di hotel yang sama.
Rakaman gambar-gambar :
Acara penyampaian sumbangan dimulakan serahan cek bernilai RM 7,500.00 oleh wakil organisasi Affin Bank, Encik Ferdaus Toh Bin Abdullah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Affin Islamic Bank Berhad Penolong Pengurus Besar Berjaya Corporation Berhad, Puan Lydia Lye menyampaikan sumbangan RM 7,500.00 Sumbangan sebanyak RM 20,000.00 diserahkan oleh Encik Mahmood Abdul Razak, Ketua, Komunikasi Strategik Kumpulan DRB-Hicom Berhad Encik Amir Hisyam Rasid, dari unit Media & Perhubungan Pelabur, Dagang NeXchange Berhad, menyampaikan sumbangan RM 7,500.00 Pengurus Komunikasi Korporat EXIM Bank Berhad, Encik Ronnee Osman menyerahkan cek replika nilaian RM 20,000.00 Sumbangan bernilai RM 7,500.00 disampaikan oleh Pengurus Komunikasi Korporat Indah Water Konsortium, Encik Joseph Cheong Encik Ahmad Shahriman Johari dari Lembaga Tabung Haji menyerahkan cek replikan dengan nilai tajaan RM 10,000.00 Tajaan bernilai RM 7,500.00 diserahkan oleh Puan Ida Rahayu Jamli, Pengurus Kanan Komunikasi Korporat Malaysian Airports Holdings Berhad Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Padiberas Nasional Berhad, Puan Rosniza Baharum menyampaikan sumbangan RM 10,000.00 Sumbangan tajaan RM 7,500.00 dari Pharmaniaga Berhad, disampaikan oleh Dato’ Zuhri Iskandar Kamarzaman, Pengurus Besar Kanan, Komunikasi Korporat Wakil Prasarana Malaysia Berhad menyerahkan cek replika dengan nilai tajaan RM 7,500.00 Prolintas Sdn Bhd diwakili oleh Puan Katheja Begum Kither Mohamed, selaku Pengurus Besar Divisyen Komunikasi Korporat, menyampaikan sumbangan RM 10,000.00 Pengurus Komunikasi Pemasaran Public Bank Berhad Mirhani Cecilia Abdul Rahman Heinrich menyerahkan cek tajaan RM 7,500.00 Penajaan RM 10,000.00 disampaikan oleh Encik Jamaluddin Jamil Pengurus Besar Komunikasi Korporat Ranhill Holdings Berhad Wakil Sarawak Energy menyerahkan cek replika dengan nilai tajaan RM 40,000.00 SME Bank Berhad yang diwakili Encik Abdul Latiff Puteh, Naib Presiden Komunikasi Korporat, menaja sumbangan sebanyak RM 10,000.00 Encik Yap Shi Han, Penolong Pengurus Besar, Komunikasi Korporat dan Projek Khas Sunway Group, menyerahkan cek replika nilaian RM 20,000.00 Sumbangan tajaan RM 7,500.00 diserahkan oleh Puan Aniz Adura Abdul Majid dari Technology Park Corporation Ketua Komunikasi Korporat Tenaga Nasional Berhad, Datuk Hj. Baderul Sham Saad, menyampaikan tajaan bernilai RM 40,000.00 Timbalan Pengarah Kanan Komunikasi Korporat Tourism Malaysia, Encik Abdul Ra’uf Abu Hassan menyampaikan cek hantaran bernilai RM 10,000.00 Serahan cek replika dengan nilai tajaan RM 10,000.00 disampaikan oleh Encik Hafiz Noor, Ketua Komunikasi Korporat UEM Edgenta Berhad Worldwide Holdings Berhad menaja sebanyak RM 10,000.00 dengan penyerahan cek replika yang disampaikan oleh Encik Ediwarman Mohamad Taher, Ketua Bahagian Teknologi Maklumat Encik Joseph Edwin Ketua Perhubungan Media & Komunikasi Strategik, mewakili Petronas, selaku penaja utama Hadiah Kewartawanan Malaysia 2019, menyampaikan cek tajaan bernilai RM 300.000.00 Gambar kenangan para penyumbang Malam Wartawan Malaysia 2020
mpi
0
Tags :