MPI release
ANUGERAH MEDIA PERKESO KINI DIBUKA

ANUGERAH MEDIA PERKESO KINI DIBUKA

Bersempena dengan Sambutan Jubli Emasnya, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dengan kerjasama Malaysian Press Institute (MPI) berhasrat untuk menganjurkan Anugerah Media PERKESO 2021.

Anugerah ini diadakan bagi menghargai sumbangan dan jasa pengamal media tempatan yang telah banyak membantu mempromosi, mendidik dan meningkatkan kesedaran orang awam mengenai perlindungan keselamatan sosial di bawah PERKESO menerusi karya-karya kewartawanan mereka.

Bertemakan ‘Prihatin Lima Dekad dan Selamanya’, anugerah ini mempertaruhkan sembilan (9) kategori anugerah berdasarkan platform media masing-masing dengan hadiah keseluruhan wang tunai RM24,000 untuk dimenangi oleh peserta, selain trofi.

Antara platform media yang layak bertanding adalah:
• Media Elektronik – Televisyen, Radio
• Media Cetak – Surat Khabar, Majalah
• Media Digital – Facebook, Instagram, Twitter, YouTube, Portal Berita

Karya-karya yang layak menyertai Anugerah Media PERKESO 2021 ini mestilah telah disiar dan diterbitkan bermula dari 1 Jun 2020 hingga 15 Oktober 2021.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 21 Oktober 2021. Tiada yuran penyertaan dikenakan.

Peserta dikehendaki menghantar bahan penyertaan secara digital dengan mengisi pautan url (url link) pada ruangan pautan bahan penyertaan. Peserta digalakkan menghantar bahan melalui perkhidmatan storan awan (cloud storage) seperti Google Drive, OneDrive, Dropbox, WeTransfer, dan lain-lain lagi.

Panduan muatnaik bahan penyertaan boleh didapati melalui borang penyertaan.

Sila klik pada pautan untuk melihat syarat-syarat penyertaan & borang penyertaan.

Syarat Penyertaan

Borang Penyertaan

Pemenang kesemua kategori yang dipertandingkan akan diumumkan pada Malam Anugerah Media PERKESO 2021 yang dijadualkan berlangsung pada 17 November ini.

Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Cik Shahira di talian 03-86892717 / 2718 / 2719 atau emel di bukitledangmpi@yahoo.com