
Penutup Kursus AI Di Sarawak: Bermulanya Langkah Kewartawanan Digital Media
8 Januari 2025 – Majlis penutup dan penyampaian sijil program latihan Artificial Intelligence: Empowering Journalists On Content And Newsroom Management diserikan dengan kehadiran Presiden Malaysian Press Institute (MPI), Datuk Yong Soo Heong dan Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Tuan Haji Ainol Amriz Ismail pada petang ini.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang menyertai kursus atas dedikasi dan komitmen yang luar biasa sepanjang program latihan berlangsung.
MPI berharap ilmu yang diterima dapat dimanfaatkan dan dipraktiskan dalam tugasan hakiki, serta menjadi sumber inspirasi untuk pengamal media Sarawak untuk terus maju dalam dunia kewartawanan.
MPI merakamkan penghargaan terima kasih kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta mana-mana pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan penganjuran program latihan ini.
Teruslah menyokong program MPI pada masa akan datang.

