22 Wartawan Sarawak Tribune Sertai Bengkel Application of AI Technology in Journalism

KUCHING, 3 Ogos 2026 – Bengkel Application of AI Technology in Journalism kini sedang berlangsung pada 3 dan 4 Ogos 2026 di Kuching, Sarawak dengan penyertaan seramai 22 orang wartawan daripada Sarawak Tribune. Program ini merupakan kursus kedua yang dilaksanakan di bawah Dana Inovasi Media bagi Sarawak Tribune, bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam mengaplikasikan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam bidang kewartawanan.

Pada hari pertama bengkel ini, para peserta didedahkan kepada pelbagai aplikasi AI yang boleh dimanfaatkan dalam proses penghasilan kandungan berita, penyelidikan, analisis maklumat serta penyampaian berita yang lebih pantas dan efektif. Bengkel ini turut memberi penekanan terhadap aspek etika dan cabaran penggunaan AI dalam industri media yang sentiasa berkembang.

Bengkel ini dikendalikan oleh Encik Munir Anaam Zuljadan, Penganalisis Media yang berpengalaman dalam bidang teknologi media dan kewartawanan digital. Melalui sesi perkongsian dan latihan praktikal yang dijalankan, program ini diharapkan dapat membantu para wartawan Sarawak Tribune memperkukuh keupayaan digital mereka selaras dengan perkembangan landskap media masa kini.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter