Kursus
44 peserta berguru dengan pemenang Hadiah Kajai HKM

44 peserta berguru dengan pemenang Hadiah Kajai HKM

Pautan asal : 44 peserta berguru dengan pemenang Hadiah Kajai HKM – VOA Media Network (home.blog)
Oleh DATUK DR. CHAMIL WARIYA – 15 Julai 2021

44 orang peserta mewakili 14 organisasi media dan bukan media tidak melepaskan peluang berguru dengan pemenang Hadiah Kajai, Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) 2004, Mohd Faizal Zakaria untuk menajamkan kemahiran penulisan rencana masing-masing.

Kursus dua hari anjuran Malaysian Press Institute (MPI) berlangsung dua hari pada 15 dan 16 Julai 2021 secara maya.

Antara organisasi media yang menyertai program tersebut ialah para wartawan daripada akhbar Sinar Harian, BH, TV3, TV9, TV AlHijrah, Getaran dot.com, agensi berita nasional BERNAMA dan Nabalu News.

Organisasi bukan media pula terdiri daripada TM, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), KPJ Rawang, Richworks International Sdn Bhd.

Para peserta yang mewakili organisasi bukan media merupakan petugas di bahagian perhubungan awam dan komunikasi korporat pertubuhan masing-masing.

Tugasan mereka membabitkan penulisan berita dan rencana bertujuan untuk mempromosi organisasi kepada khalayak.

Selain diajar teori asas untuk menghasilkan penulisan media dan rencana berkesan, para peserta juga didedahkan dengan latihan praktikal yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mereka berkarya.

Pembimbing kursus itu bukan sahaja memenangi anugerah tertinggi HKM, tetapi pernah berkhidmat dengan akhbar Kosmo! sebagai editor prosesan.

Beliau merupakan seorang wartawan berpengalaman luas dalam selok belok menulis berita dan rencana akhbar dan media baharu.

MPI merakamkan penghargaan kepada para peserta dan organisasi yang mereka wakili kerana sudi untuk mengikuti latihan tersebut semasa pelaksanaan Fasa Pertama, Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang tidak membenarkan kursus secara kehadiran fizikal dianjurkan.

Pemenang Hadiah Kajai 2014, Mohd Faizal Zakaria penuh bersemangat membimbing 44 orang peserta yang mengikuti kursus dua hari Penulisan Media dan Rencana Berkesan anjuran Malaysian Press Institute (MPI) pada 15 dan 16 Julai 2021.
Tekun mengikuti ceramah: Sebahagian lagi peserta kursus Penulisan Media dan Rencana Berkesan anjuran MPI.

BENGKEL PENULISAN MEDIA & RENCANA BERKESAN

15 – 16 JULAI 2021 (Khamis & Jumaat)
SECARA ATAS TALIAN

SENARAI PESERTA

NONAMAJAWATANMEDIA / SYARIKAT
1Ili Farhana MohamedWartawanGetaran Dot Com Sdn Bhd
2Sri Rahayu Mat NahWartawanGetaran Dot Com Sdn Bhd
3Faizal SalimSub EditorGetaran Dot Com Sdn Bhd
4Soon Li WeiWartawanBERNAMA
5Nurqalbi Mohd RedaWartawanBERNAMA
6Norlida JamainPengurus BesarMPI
7Md Azrin RoslyPenulis KontenRichworks Int. Sdn. Bhd.
8Om Karini KareanNaib Presiden Pemasaran & JenamaRichworks Int. Sdn. Bhd.
9Mohamad Azizul HilmyPenolong Pengurus Perancangan Media SosialRichworks Int. Sdn. Bhd.
10Farah Izzati BahazelanCopywriter Pemasaran DigitalRichworks Int. Sdn. Bhd.
11Izzat Hafizzuddin Akmal MohmadPenulis KontenRichworks Int. Sdn. Bhd.
12Norsyahirah Ngah @ MuhammadPenulis KontenRichworks Int. Sdn. Bhd.
13Nor Adila DarussalamEksekutif Pemasaran DigitalRichworks Int. Sdn. Bhd.
14Elmy Iskandar Abdul RahmanEksekutifKPJ Rawang
15Siti Aisha HalimKetua Perhubungan AwamKPJ Rawang
16Shaifulhisam Abdul MalekEksekutifKPJ Rawang
17Lailetaty A. RahmanWartawanBH
18Haslinda HassanWartawanBH
19Nor Shahfizan HasimWartawanBH
20Nor Hafiza AhmadWartawanBH
21Muhaamad Hafis NawawiWartawanHM
22Nurul Husna MahmudWartawanHM
23Rowindy LawrencePengurus BesarNabalu News
24Jacquline EbitWartawanNabalu News
25Mohd Hanafiah HashimEksekutif Kreatif Khas 3Sinar Harian
26Rosli AhmadEksekutif Kreatif Kanan 1Sinar Harian
27Muhammad Amnan HibrahimEksekutif Kreatif 1Sinar Harian
28Mukhriz Mat HusinEksekutif Kreatif 1Sinar Harian
29Nur Iftitah RozlanEksekutif Kreatif 1Sinar Harian
30Sharifah Mardhiyyah Syed AriffinPegawaiTelekom Malaysia
31Mohd Zailani KamardinPegawaiTelekom Malaysia
32Mahadhar Awang @ MahmoodPegawaiTelekom Malaysia
33Norhaizan Md AkhirPegawaiTelekom Malaysia
34Zarita KassimPerhubungan KorporatIKIM
35Suzanahwati Hj SanilPerhubungan KorporatIKIM
36Siti Shamsiah Md SupiAkademikIKIM
37Zainora Abdul GhaniEditorialIKIM
38Raja Farahani Amanda Raja FaisalWartawan MultimediaTV9
39Nur Shuhadah MarzukiWartawan MultimediaTV3
40Mohd Nor Asri Yaacob @ OthmanPenerbitTV3
41Muhammad Faezuddin Baderol HesamWartawanAlHijrah
42Norafida BurhanuddinWartawanAlHijrah
43Nur Hidayah Mohd SaniWartawanAlHijrah
44Anas Azfar Mohamad FiziEksekutifSSM