AI Bantu Optimum Ketepatan Maklumat

18 Disember 2024 – Encik Cletus de Rozario adalah penceramah yang mengendalikan Kursus “Artificial Intelligence: Empowering Journalists On Content and Newsroom Management di Center of Excellent (CoE) MCMC, Cyberjaya.

Beliau memulakan kursus dengan memberikan pengenalan kepada Kecerdasan Buatan (AI), serta aplikasinya dalam industri media, khususnya di kalangan wartawan. AI dilihat sebagai alat yang dapat membantu dalam pengurusan kandungan dan ruang berita dengan cara yang lebih mampan dan relevan.

Dengan pendedahan ini, para profesional media berpeluang untuk meningkatkan produktiviti mereka, sambil memperkukuh nilai integriti kewartawanan dalam komuniti media. Selain itu, AI juga membolehkan pengoptimuman ketepatan maklumat, yang dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk menghasilkan pelaporan yang lebih tepat dan berinformasi.

Penceramah memulakan sesi latihan dengan memberikan kefahaman berkaitan fungsi, cabaran dan impak AI.
Peserta serius memberikan tumpuan kepada penerangan penceramah.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter