AI in News: Peserta Dalami Asas Algoritma dan Latihan Praktikal

KUCHING, 16 Julai – Hari pertama program Artificial Intelligence in News: Bridging Technology and Storytelling melabuhkan tirainya dengan pengisian intensif yang membuka ruang kepada pengamal media TV Sarawak (TVS) memahami asas penggunaan teknologi AI.

Sepanjang sesi, peserta didedahkan kepada asas algoritma yang membentuk fungsi utama kecerdasan buatan, seterusnya memberi gambaran bagaimana sistem AI menganalisis data dan menyusun maklumat.

Salah satu fokus utama hari ini ialah teknik prompting yang betul iaitu cara memberikan arahan secara berkesan kepada model AI agar dapat menghasilkan maklumat atau kandungan yang tepat, berkualiti dan relevan dengan keperluan.

Sesi pada sebelah petang turut memperkukuh pemahaman peserta melalui latihan praktikal, di mana mereka berpeluang mengendalikan sendiri model AI untuk tugasan seperti penulisan berita, pencarian maklumat serta penjanaan idea secara lebih efisien dan sistematik.

Program akan bersambung esok dengan pengisian yang lebih mendalam, termasuk penggunaan AI untuk penceritaan visual dan penghasilan laporan berita.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter