AI Permudah Pekerjaan Manusia, Bukan Ancaman

21 Januari 2025, Kota Kinabalu – Dalam Kursus Siri 3 “Artificial Intelligence: Empowering Journalists on Content and Newsroom Management”, Encik Cletus de Rozario, selaku penceramah utama, telah menggariskan impak besar penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) dalam dunia pekerjaan.

Menurut beliau, AI yang terintegrasi dalam robotik kini mampu melaksanakan tugas kompleks seperti pembuatan keputusan adaptif dan pembelajaran, yang mengatasi kebergantungan terhadap tindakan berulang. Ini bukan sahaja mengubah cara kita bekerja, tetapi juga mencabar keperluan untuk peranan tertentu dalam sektor-sektor tertentu.

Sebagai contoh, tugas-tugas rutin dalam pusat panggilan dan beberapa profesion lain kini boleh diotomatikkan, menggantikan tenaga kerja manusia secara signifikan.

Encik Cletus memberi penerangan terhadap peserta kursus berkaitan AI.

Encik Cletus juga menekankan bahawa AI bukanlah ancaman, sebaliknya ia mampu memperkasa pekerjaan manusia. Dengan kemampuannya untuk membantu dalam akses maklumat dan analisis data secara lebih pantas, AI membolehkan para pekerja memberi tumpuan kepada tugas-tugas yang lebih kompleks.

Dalam konteks media dan pengurusan kandungan, AI membuka peluang baru untuk meningkatkan keberkesanan dan produktiviti, sekaligus mencipta cara kerja yang lebih inovatif dan efisien.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter