CYBERJAYA, 11 Februari 2026 – Hari kedua Program Train the Trainer yang berlangsung pada 10 Januari (semalam) diteruskan dengan sesi yang dikendalikan oleh Master Trainer & Assessor HRD Corp, Ts. Dr. Timothy Law, dengan berfokuskan kepada tajuk “Conduct Training Needs Analysis (TNA)”.
Peserta didedahkan dengan konsep dan proses analisis keperluan latihan (Training Needs Analysis) melalui pelbagai aktiviti sebagai asas penting dalam perancangan sesuatu program latihan. Sesi ini memberi penekanan kepada kaedah mengenal pasti jurang kemahiran, keperluan organisasi serta objektif latihan bagi memastikan setiap program yang dirancang bersifat relevan, tersusun dan berimpak tinggi.
Pembelajaran yang dilaksanakan ini menjadi sebahagian daripada persiapan penting bagi peserta dalam usaha memperoleh pengiktirafan sebagai jurulatih berakreditasi, di samping memperkukuh keupayaan mereka merancang dan mengendalikan latihan secara profesional di organisasi masing-masing.








