Asas Dunia Podcast: MPI Anjur Kursus Pengurusan Video & Audio Podcast

Cyberjaya, 21 Julai 2025 – Kursus Pengurusan Video & Audio Podcast anjuran Malaysian Press Institute (MPI) sedang berlangsung di Pusat Latihan MPI, Cyberjaya dengan penyertaan dari Jabatan Penerangan Malaysia dan agensi komunikasi.

Slot pertama pagi ini bertajuk ‘Apa itu Podcast?’ yang disampaikan oleh penceramah selaku Penerbit Kanan dan Penyunting Kandungan Rindu Ilmu Media SB, Encik Khaleeq Shahzada Manja. Beliau berkongsi pengenalan asas tentang dunia podcast, termasuk sejarah, jenis kandungan, serta teknik asas merancang dan membina episod podcast yang berkesan.

Peserta juga didedahkan kepada pentingnya memahami audiens, membentuk identiti jenama suara, serta peranan podcast sebagai medium komunikasi moden. Sesi berlangsung secara interaktif dan berjaya memberi gambaran awal yang jelas kepada peserta sebelum mereka melangkah ke sesi-sesi teknikal seterusnya.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter