Malaysian Press Institute (MPI) telah memulakan program latihan 2017 dengan mengadakan Kursus Kewartawanan Digital & Multimedia selama tiga hari pada 14 hingga 16 Februari 2015 di Hotel UiTM, Shah Alam.
Seramai 23 peserta mengikuti program tersebut. Empat penceramah berpengalaman dalam bidang masing-masing dijemput untuk berkongsi pengalaman dengan para peserta.
Mereka ialah Encik Zainal Halim, mantan Wartawan Foto Reuter, Encik Mohammed Hazli b. Mohammed Hassan, Penolong Pengarang Berita Utusan Online, Utusan Malaysia, Datuk Ahirudin bin Attan, Penulis Blog, dan Puan Hasnah Mohd. Salleh, Penulis Laman Web / Blog, Dewan Bahasa & Pustaka.
Peserta mendengar ceramah tentang ‘digital photography’ oleh Encik Zainal Halim
Para eserta terdiri dari 10 orang ahli korporat iaitu seorang dari Northport Malaysia Bhd, lima dari Kerajaan Sarawak, dua dari Telekom Malaysia, seorang dari Digital OutReach Sdn. Bhd dan seorang dari Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn. Bhd manakala.
13 yang lain terdiri daripada wartawan media iaitu dua dari The Malaysian Times Sdn. Bhd, tujuh dari Nanyang Siang Pau, seorang peserta dari Utusan Karya dan Star, dua dari Malaysia Aktif.
Kesemua peserta berpendapat bengkel tersebut telah membantu mereka memahami kemahiran yang diperlukan untuk menghasilkan karya-karya yang bercorak dengan multimedia dengan lebih baik.
Encik Mohammed Hazli (dua kanan) memberi tunjuk ajar kepada peserta
Datuk Ahirudin Attan (berdiri, kanan) menekankan penulisan di Blog / Laman Web tidak boleh mengabaikan etika kewartawanan.
Pn. Hasnah Mohd. Saleh pula mendidik para peserta mengenai penggunaan tatabahasa yang betul di Laman Web / Blog.