Bengkel Penulisan Naratif Janet Steele Buka Tirai Latihan MPI 2019
Bengkel Penulisan Kewartawanan Naratif merupakan kursus pembuka tirai 2019 anjuran MPI dengan kerjasama Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur.
Bengkel yang berlangsung pada 9 Januari 2019 di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Jalan Bangsar, Kuala Lumpur telah disertai seramai 35 orang pengamal media. Antara media yang hadir adalah The Edge 4 orang, BERNAMA 10 orang, Utusan Melayu 6 orang, The Sun Media 2 orang, Sinar Harian 4 orang, KOSMO! 3 orang dan The Star, New Straits Times, Bacalah Malaysia.com, JustReadOnline.com, Bendahara Solutions dan Inside Media masing-masing menghantar 1 orang peserta dari pertubuhan mereka.
Penceramah untuk kursus sehari ini adalah Associate Profesor Janet E. Steele merupakan Pensyarah Kewartawanan yang berpengalaman di peringkat antarabangsa telah berkongsi pengalaman beliau tentang cara penulisan naratif bukan hanya kepada penulisan rencana tetapi boleh juga dibuat secara berita penting. Terdapat juga contoh-contoh diberikan dalam menyampaikan karya / rencana dengan idea baru serta kreativiti dalam penyampaian berita. Banyak soalan-soalan diajukan mengenai penulisan naratif oleh para peserta.
Disebelah petangnya, sesi bersama Encik Zan Azlee, Penerbit Dokumentari dari FAT BIDIN MEDIA diselitkan selama 1 jam bagi menceritakan pengalamannya dalam menemuramah isteri seorang aktiviti ekstremisme.
Sijil penyertaan diberi kepada para peserta diakhir kursus.
Berikut merupakan rangkuman gambar-gambar sekitar sehari berkursus :