Bersama PDRM Tingkat Kesedaran Keselamatan Jenayah Siber

18 Disember 2024 – Sedang berlangsung program Latihan Artificial Intelligence: Empowering Journalist On Content And Newsroom Management di Centre of Excellence (CoE) MCMC, Cyberjaya yang dihadiri oleh 23 orang pengamal media mewakili pelbagai pertubuhan media dan pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Program dimulakan dengan sesi pertama dikendalikan oleh Dato Dr Michael Lim, Timbalan Pesuruhjaya dan Timbalan Pengarah Cybercrime, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang menyentuh mengenai “Challenges Of Combating Cybercrime and Phishing In The Age of AI”.

Penglibatan PDRM sebagai penceramah dilihat amat signifikan dengan kepentingan media dalam memahami ancaman cybercrime yang berfungsi sebagai saluran utama untuk mendidik masyarakat mengenai risiko keselamatan digital. Media memainkan peranan dalam menyebarkan maklumat tentang modus operandi penjenayah siber, langkah pencegahan, dan teknologi keselamatan terkini.

Selain itu, laporan yang tepat dan bertanggungjawab membantu meningkatkan kesedaran awam serta menggalakkan dasar-dasar keselamatan siber di peringkat nasional. Dengan pemahaman yang mendalam, media juga dapat bertindak sebagai penghubung antara pakar keselamatan dan masyarakat, mempercepatkan penyelesaian isu-isu cybercrime melalui advokasi dan pendidikan.

Pembukaan program latihan ini dihadiri Presiden Malaysian Press Institute (MPI), Datuk Yong Soo Heong dan Ketua Pegawai Eksekutif, Haji Ainol Amriz Ismail.

Dato Micheal menyatakan terdapat 120 alat AI yang boleh digunakan oleh scammer untuk memerangkap mangsa dalam talian.
Datuk Yong Soo Heong, Presiden MPI menyerahkan sijil penghargaan sebagai tanda penghargaan kepada Dato Dr. Michael Lim.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter