Community Forum with Google: Memperkasa Wartawan Hadapi Era AI Strengthening media independence

Kuala Lumpur | 16 Disember 2025 – Bertempat di ALOFT Kuala Lumpur Sentral, telah berlangsung sebuah program bertajuk ‘Community Forum with Google’ yang menghimpunkan 20 orang pengamal media daripada pelbagai organisasi bagi membincangkan peranan, cabaran dan peluang kecerdasan buatan (AI) dalam ekosistem kewartawanan semasa, dengan penekanan terhadap integriti maklumat serta penggunaan teknologi secara beretika dan bertanggungjawab.

Forum ini adalah susulan daripada Bengkel Train The Trainer on Google AI Tools for News Publishers yang telah diadakan pada bulan Ogos lepas telah menampilkan sesi ‘Creating and Detecting AI using Google Tools’ oleh penceramah, Puan Aidila Razak.

Membincang pelbagai kajian kes penggunaan alatan Google berasaskan AI seperti Pinpoint dan Notebook LM dalam bilik berita dan juga penyelidikan, beberapa editor kanan telah berkongsi amalan terbaik integrasi Google Tools dalam aliran kerja kewartawanan kepada para peserta, di samping sesi ‘networking’ yang mengukuhkan kolaborasi komuniti media. Dengan adanya forum ini mampu menjadi pemangkin kepada kewartawanan yang lebih berdaya tahan, berintegriti dan bersedia menghadapi cabaran era AI kini.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest