KUCHING, 4 Ogos 2026 – Hari kedua Bengkel Application of AI Technology in Journalism bersama Sarawak Tribune memberi penekanan kepada aplikasi praktikal teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam penghasilan kandungan kewartawanan.
Pada hari ini, para peserta diberi tugasan untuk menghasilkan video menggunakan pelbagai platform AI yang telah diperkenalkan sepanjang bengkel. Latihan ini bertujuan memberi pendedahan secara langsung kepada peserta tentang bagaimana teknologi AI boleh dimanfaatkan bagi menghasilkan kandungan multimedia yang lebih kreatif, menarik dan efisien.
Hasil kerja para peserta turut dikongsikan bagi mendapatkan ulasan, maklum balas serta bimbingan secara langsung daripada Penceramah, Encik Munir Anaam Zuljadan. Sesi ini memberi ruang kepada peserta untuk menambah baik hasil penghasilan kandungan mereka melalui cadangan dan perkongsian amalan terbaik dalam mengaplikasikan teknologi AI secara efektif dan beretika dalam bidang kewartawanan







