Hari Kedua Bengkel OSINT: Wakil Google Perkasa Pemahaman Data Terbuka

Cyberjaya | 9 Julai 2025 – Hari kedua Bengkel Open-Source Intelligence (OSINT) sedang berlangsung pada pagi ini di Pusat Latihan Malaysian Press Institute (MPI) bersama penceramah yang juga wakil dari Google Malaysia, Puan Aidila Razak yang berkongsi bagaimana alatan digital boleh dimanfaatkan dalam kerja kewartawanan moden kini.

Kali ini para peserta didedahkan kepada penggunaan alat Google seperti Google Maps, Google Lens, Fact Check Explorer dan SynthID untuk tujuan pengesahan lokasi, imej serta semakan fakta yang amat penting bagi para wartawan dalam menilai kesahihan sesuatu maklumat sebelum disiarkan kepada umum.

Selain itu, peserta turut mempelajari cara menggunakan alat berasaskan AI seperti Google Pinpoint dan Notebook LM untuk membantu dalam menganalisis dokumen, pencarian maklumat penting, dan menghasilkan kandungan berdasarkan sumber terbuka yang sahih.

Sesi ini bukan sekadar memperkenalkan teknologi, tetapi membuka ruang kepada wartawan untuk meningkatkan ketelitian, ketepatan dan kredibiliti laporan sejajar dengan tanggungjawab media dalam menyampaikan maklumat yang benar dan beretika kepada masyarakat.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter