Hari Kedua Bengkel Solusi Komunikasi MPI Perhebat Pendekatan Strategik

Cyberjaya, 6 Mei 2026 — Hari kedua Bengkel Pengurusan Solusi Komunikasi anjuran MPI diteruskan dengan pengisian yang lebih mendalam, memberi fokus kepada teknik membina strategi komunikasi yang efektif serta membentuk mesej korporat yang berimpak tinggi, jelas dan tersusun.

Sepanjang sesi, para peserta didedahkan kepada pendekatan strategik dalam merancang komunikasi organisasi agar lebih berfokus, meyakinkan dan mampu mencapai objektif penyampaian dengan lebih berkesan.

Bengkel ini turut diperkaya dengan sesi perkongsian kajian kes dan pengalaman sebenar daripada peserta berkaitan cabaran serta amalan terbaik dalam pengurusan solusi komunikasi di organisasi masing-masing, sekali gus membuka ruang kepada pertukaran idea dan pembelajaran bersama.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter