Hari Keempat Fokus Metodologi Penyampaian Latihan Berkesan

CYBERJAYA, 12 Februari 2026 — Kursus Train the Trainer hari ke-4 diteruskan dengan sesi pembelajaran bertajuk “Conduct Competency Based Training (CBT)”. Disampaikan oleh Master Trainer & Assessor HRD Corp, Ts. Dr. Timothy Law. Seramai 9 orang peserta mengikuti sesi hari keempat ini di Pusat Latihan MPI, Cyberjaya.

Dalam sesi ini, para peserta didedahkan dengan ‘Training Delivery Methodologies’ yang merangkumi kemahiran pembentangan, penyampaian latihan, kemahiran fasilitasi, teknik penyoalan serta kaedah menutup sesi latihan secara berkesan. Pendekatan ini memberi penekanan kepada aspek praktikal bagi memastikan penyampaian latihan lebih tersusun, interaktif dan berfokus kepada pencapaian hasil pembelajaran.

Penceramah juga berkongsi tip praktikal dalam mengendalikan peserta yang mencabar, penggunaan bahan bantu mengajar sebagai sokongan latihan serta aspek penting lain sebagai persediaan ke arah menjadi jurulatih profesional.

Dengan peluang memperoleh ilmu ini diharap dapat membantu peserta memperkukuh keyakinan, menambah baik kaedah penyampaian serta menyesuaikan pendekatan latihan dengan keperluan industri dan peranan kerja masing-masing.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest