KERAJAAN SARAWAK ANJUR KURSUS DAN CETAK BUKU PANDUAN PERHUBUNGAN MEDIA
Unit Protokol dan Perhubungan Awam Negeri dengan kerjasama Malaysian Press Institute (MPI) telah mengadakan satu bengkel kepada Pegawai Perhubungan Awam dari pelbagai agensi kerajaan negeri dan juga Kementerian di bawah Jabatan Ketua Menteri Sarawak pada 8 Disember 2017 bertempat di Hotel Grand Margherita Kuching, Sarawak.

Bengkel sehari dengan tajuk Perhubungan Media ini diadakan bertujuan untuk menjelaskan tentang buku panduan Perhubungan Media tersebut kepada pegawai Perhubungan Awam negeri Sarawak yang dihadiri seramai 21 orang sebelum ianya dicetak dan diedarkan sebagai bahan rujukan. Antara kandungan yang terdapat dalam buku panduan Perhubungan Media ini ialah:-
i) Getting Intimate with the newsroom;
ii) Establishing a lasting relationship with the media;
iii) Writing an effective Press Release;
iv) Handling the media in crisis;v) What is news?
vi) Handling Radio Interviews;
vii) Online news portal;
viii) Video and Visual Communication.

