
KKMM – MPI- AADK kolaborasi anjur Bengkel Penulisan AntiDadah
Bertepatan dengan pemilihan #komunitikitatanggungjawabkita, setiap individu perlu memainkan peranan masing-masing bagi menjayakan kempen perangi dadah habis-habisan yang giat dijalankan oleh pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Bagi tujuan tersebut, Bengkel Penulisan AntiDadah anjuran bersama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Malaysian Press Institute (MPI) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) diadakan khusus mensasarkan kepada penyertaan dalam kalangan wartawan tempatan.
Selari dengan fungsi wartawan itu sendiri, mereka boleh mempengaruhi masyarakat menerusi pelaporan berkait dadah dalam usaha mewujudkan kesedaran di setiap lapisan masyarakat dan institusi. Pengamal media juga dilihat secara tidak langsung membantu mengekang penagihan serta pengedaran dadah dalam Negara.
Gabungan penceramah mewakili sektor masing-masing membantu para peserta memahami trend terkini berkaitan dadah yang dapat digunapakai dalam penyediaan laporan masing-masing.
Mewakili AADK, Dr. Sabri bin Zainuddin Zainol Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Encik Ali Imran bin Mohd. Noordin, Pegawai Berita BERNAMA dan YDH DCP Dato’ Kamarul Zaman bin Mamat, Timbalan Pengarah (Perlucuthakan Harta / Perundangan / Tahanan), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik bertindak sebagai penceramah mengikut tajuk yang telah diberikan.
Seramai 24 orang wartawan mengikuti bengkel sehari ini yang telah berlangsung di Dewan Cendikiawan, IPPTAR pada 16 Julai yang lalu.
RAKAMAN GAMBAR-GAMBAR







