Komunikasi Berimpak Tinggi Fokus Kursus Anjuran MPI

Cyberjaya, 20 Mei 2025 – Seramai 14 peserta fizikal dan 28 peserta atas talian telah menyertai Kursus Literasi Penerangan anjuran MPI yang berlangsung secara hibrid pada hari ini.

Sesi 1 kursus dikendalikan oleh Encik Ali Imran Noordin, mantan wartawan BERNAMA dan pengasas Warta Hidup, yang berkongsi ilmu serta pengalaman dalam bidang penulisan, komunikasi strategik, dan naratif penerangan berimpak tinggi.

Peserta terdiri daripada wakil Jabatan Penerangan (JAPEN), Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU).

Kursus ini bertujuan meningkatkan keupayaan peserta dalam menyampaikan maklumat yang tepat, jelas dan berkesan kepada masyarakat melalui pelbagai platform media.

Kursus akan diteruskan dengan sesi 2 pada petang ini bersama Puan Norliza Abdullah, Perunding Bersekutu Media yang juga Mantan Penolong Pengarang Berita BH.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter