Kreativiti Tanpa Batas Dengan Bengkel 100% Mobilegraphy

19 Disember 2024 – Bermula semalam 18 Disember 2024 sehingga 20 Disember 2024, bertempat di Pusat Latihan MPI, Cyberjaya, telah berlangsungnya hari pertama Bengkel 100% Mobilegraphy yang dikendalikan oleh penceramah, Encik Mohd Hazli Hasan. Bengkel ini turut disertai oleh 8 peserta yang terdiri daripada FGV Holdings Berhad, SPNB, PNB, The Edge & JAPEN.

Kursus ini mengetengahkan teori asas dan praktikal tentang mobilegraphy serta fungsi kecerdasan buatan (Al) dalam penghasilan kandungan visual yang berkualiti. Peserta dapat mempelajari bagaimana menggunakan Telefon Pintar sebagai Alat Penghasilan Kandungan.

Dalam era digital ini, telefon pintar sebagai alat utama untuk pengambilan gambar dan video. Rakaman video menggunakan telefon pintar bukan sekadar alat dokumentasi, malah merupakan medium penting untuk menyampaikan mesej, membina jenama, dan mendokumentasikan sejarah dengan cara yang lebih interaktif dan berkesan buat komuniti media dan komunikasi korporat.

Peserta aktif memberi respon ketika beriteraksi dengan penceramah (kanan).
Kemahiran dalam menggunakan telefon pintar adalah antara simulasi yang dijalankan ketika bengkel tersebut berlangsung.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter