Kuasai Kemahiran OBS Studio – Wartawan Solo Kini Lebih Digital & Dinamik

Cyberjaya, 24 April 2025 – Hari ketiga Bengkel Kewartawanan Solo yang berlangsung pada pagi ini di Pusat Latihan MPI Cyberjaya, dengan tumpuan khusus diberi kepada aspek penyiaran digital dan penguasaan perisian penyiaran secara solo yang dikendalikan oleh Encik Sofwan Mahmood, Ketua Pegawai Operasi merangkap Ketua Operasi Berita Awesome TV selaku penceramah pada hari ini.

Pada sesi kali ini, para peserta didedahkan kepada penggunaan asas serta teknik praktikal perisian Open Broadcaster Software (OBS) Studio, yang digunakan secara meluas dalam penyiaran langsung (live streaming) dan penghasilan kandungan video digital. Sesi ini turut merangkumi strategi memanfaatkan media sosial untuk penyebaran berita, sejajar dengan trend semasa dalam dunia kewartawanan digital.

Di samping memberi peluang kepada peserta menganalisis prestasi kandungan yang dihasilkan menggunakan OBS, mereka juga dapat belajar menilai keberkesanan kandungan berdasarkan permintaan dan hasil maklum balas daripada penonton.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter