KURSUS AWAM MPI 2022 DITERUSKAN SECARA HIBRID!

Memandangkan negara masih lagi berdepan dengan ancaman Covid-19, maka Malaysian Press Institute (MPI) bercadang ingin meneruskan pelaksanaan kursus secara hibrid iaitu melalui kaedah bersemuka (fizikal) dan secara atas talian (maya) sepanjang tahun 2022.

Bagi kursus secara atas talian, mekanisma secara lintas langsung akan diguna pakai sepanjang kursus dijalankan. Penggunaan kamera akan digunakan untuk merakam setiap gerak geri penceramah dan juga peserta dari mana sahaja kursus berlangsung.

MPI telah melaksanakan kursus secara hibrid ini semenjak tahun 2020. Pada tahun 2022, MPI akan meneruskan untuk mengadakan kursus menggunakan kaedah yang sama ini dan MPI mengalu-alukan penyertaan daripada peserta yang jauh untuk menyertai kursus ini secara atas talian.

Pihak MPI tetap melaksanakan kursus secara fizikal dengan jumlah yang terhad bagi pematuhan SOP yang ketat. Pada masa yang sama, kita juga memberi peluang kepada para peserta yang tidak dapat hadir secara fizikal untuk mengikuti program yang sama secara maya.

Setakat ini, kaedah ini diterima baik dan mendapat maklum balas positif daripada peserta baik peserta fizikal mahupun atas talian dan berharap pihak MPI akan meneruskan lagi untuk kursus-kursus akan datang.

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendaftar secara atas talian, diskaun 50% (daripada harga fizikal) akan ditawarkan kepada anda. Peserta juga akan menerima e-sijil serta bahan kursus daripada MPI.

Kursus ini terbuka kepada semua pengamal media, pengamal bidang komunikasi korporat/perhubungan awam dan ahli akademik atau sesiapa sahaja yang ingin menambah ilmu pengetahuan yang mendalam dalam bidang kewartawanan.

Kepada pengamal media/pengamal komunikasi korporat/perhubungan awam/ahli akademik yang berminat untuk menyertainya, sila hubungi Puan Fiza / Puan Miza (Unit Latihan MPI) di talian 03 – 8689 2717 / 2718 / 2719 atau email ke norhafiza_mpi@yahoo.com / trainingmpi2945@gmail.com.

Senarai kursus sepanjang tahun 2022 boleh didapati disini : Kalendar Kursus 2022

Sila daftar kursus di sini!