Bengkel Kewartawanan Digital dan Multimedia anjuran Malaysian Press Institute berlangsung di Hotel Holiday Villa Subang Jaya dari 19 hingga 21 Februari 2019 yang lalu.
24 peserta terdiri daripada media dan pengamal komunikasi korporat telah mengikuti bengkel tersebut. Mereka terdiri dari 8 pegawai Penerangan Malaysia, empat dari Kerajaan Negeri Kedah, tiga dari The Sun, empat dari The New Straits Times Press dan seorang masing-masing dari Media Prima, NTV7, Nanyang Siang Pau, Sinar Harian dan BERNAMA.
Tiga penceramah berpengalaman telah menjayakan bengkel tersebut. Mereka ialah Encik Zainal Abdul Halim, Jurufoto Professional / bekas jurufoto Reuters, Encik Asyraf Hamdi Dusuki, Ketua Pegawai Eksekutif IDEAID Sdn. Bhd dan Encik Ahmad Shaifullizam Arshad (GBAM), Pengarah, GBAM Production Sdn. Bhd.





