Kursus “Media Skills” untuk IDFR beri kesan kepada peserta
Malaysian Press Institute (MPI) berkampung selama dua hari bagi penganjuran kursus “Media Skills” khusus untuk Institut Diplomasi dan Perhubungan Awam (IDFR), Kementerian Luar Negeri bermula 27 hingga 28 Ogos yang lalu di Vistana Hotel Kuala Lumpur.
Tidak hanya tertumpu kepada pembangunan modul untuk diselaraskan dengan keperluan IDFR, MPI tampil membawa kelengkapan peralatan multicamera production (MCP) High Definition (HD) menjadikan situasi di dalam bilik latihan umpama studio kecil dengan menyuntik elemen sebenar kepada para peserta.
Para peserta yang ditemui selepas berakhirnya kursus, mengakui keberkesanan penganjuran kursus dan meminta pihak IDFR agar meneruskannya pada masa akan datang.
Antaranya, Puan Suhana Md Zaini, Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia meminta semua pegawai Kerajaan mengikuti program ini yang dapat membantu meningkatkan keyakinan untuk menghasilkan kerja yang lebih baik melibatkan tugasan ketika berhadapan dengan kamera.
Ketua Pusat IDFR, Encik Aiyub Omar juga bersetuju bahawa ilmu bermanfaat diperoleh sepanjang kursus berlangsung, modul yang sangat baik dan perlu diteruskan oleh pihak IDFR.
“Informative, best experience and benefited”, itu yang dirumuskan oleh wakil Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MREPC), Encik Franz Abraham Dominic apabila diminta memberikan ulasan tentang penganjuran program.
Selain teori, setiap peserta perlu melalui dua latihan praktikal yang berbeza dan diberikan komen terus oleh penceramah bagi menambahbaik persembahan serta persiapan sekiranya diperlukan menjadi jurucakap organisasi masing-masing.