Kursus
Kursus Media & Undang-Undang secara maya

Kursus Media & Undang-Undang secara maya

Malaysian Press Institute (MPI) akan menganjurkan kursus secara atas talian (maya) berikutan pengumuman Kerajaan melaksanakan TOTAL LOCKDOWN Fasa 1 Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 baru-baru ini.

Kursus Media & Undang-Undang yang akan diadakan pada 23 dan 24 Jun 2021 (Rabu – Khamis) ini merupakan salah satu kursus antara beberapa kursus yang akan dijalankan secara atas talian melalui aplikasi Google Meet & Google Classroom.

Kursus ini akan dikendalikan oleh YBhg. Profesor Dato’ Salleh Buang, mantan Peguam Persekutuan di Jabatan Peguam Negara Kuala Lumpur. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Timbalan Dekan, Kuliyyah Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa dan berkhidmat sebagai Profesor Tamu di Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah di UTM, Johor. Beliau yang merupakan seorang pakar dalam undang-undang media telah mengadakan kursus Media & Undang-Undang untuk MPI dan kepada pengamal media di Malaysia sejak dahulu lagi.

Kepada pengamal media, pengamal komunikasi korporat / perhubungan awam / ahli akademik yang berminat untuk menyertainya, sila hubungi Unit Latihan MPI untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan kursus ini melalui email ke trainingmpi2945@gmail.com / norhafiza_mpi@yahoo.com. 

Peserta yang jauh amat dialu-alukan untuk menyertai kursus secara atas talian ini terutama dari Sabah & Sarawak.

Kursus-kursus MPI lain yang bakal diadakan secara maya adalah seperti berikut:

  1. Kursus Digital Public Relations, 12 – 13 Julai 2021
  2. Bengkel Penulisan Media Berkesan, 22 – 23 Julai 2021
  3. Kursus Creative Digital Media (Marketing), 26 – 27 Julai 2021

Sila daftar di sini!

Sila layari laman web dari semasa ke semasa bagi sebarang maklumat terbaharu berkenaan kursus seterusnya dan sila rujuk kalendar kursus atau tekan pautan di bawah untuk sebarang maklumat lanjut.

Kalendar Kursus 2021

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi:

Puan Fiza / Puan Miza (Unit Latihan MPI) TELEFON:        012-6691993 / 017-4875859