Cyberjaya, 22 Julai 2025 – Hari kedua Kursus Pengurusan Video & Audio Podcast anjuran Malaysian Press Institute (MPI) diteruskan dengan sesi bersama penceramah jemputan, Encik Ally Iskandar, yang berkongsi kemahiran asas dalam pengendalian podcast berbentuk temu bual, termasuk teknik menyoal, mendengar, dan mengemudi perbualan secara berkesan.
Peserta turut didedahkan kepada aspek Suara, Nada dan Wibawa, yang merangkumi kawalan vokal, intonasi dan penyampaian yang membina kredibiliti serta menarik perhatian pendengar.
Kursus diakhiri dengan Latihan Praktikal, memberi peluang kepada peserta untuk mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari menerusi simulasi podcast sebenar, disertai maklum balas terus daripada penceramah.
Tahniah MPI ucapkan kepada semua peserta yang berjaya menamatkan kursus ini dengan jayanya.






