Cyberjaya, 28 Mei 2025 – Kursus ‘Media Content & Strategic Planning’ anjuran Malaysian Press Institute (MPI) telah bermula pada pagi ini selama dua hari, 28 dan 29 Mei 2025 di Pusat Latihan MPI dengan penyertaan seramai 20 orang peserta.
Antara para peserta yang hadir termasuklah daripada pelbagai agensi kerajaan, institusi dan organisasi swasta termasuk, ECERDC, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Terengganu Strategic & Integrity Institute, KPMAIWP, TH Properties, The Sun, Jabatan Penerangan (JAPEN), Prolintas dan Dagang Nexchange.
Slot pembelajaran pada hari pertama ini dikendalikan oleh penceramah, Ketua Editor Inovasi Berita Pelbagai Platform ASTRO Awani, Encik Ahmad Khairul Shafizan Johari, yang berkongsi pengalaman beliau dalam membangunkan kandungan kreatif yang lebih relevan, mampan dan selari dengan kehendak khalayak masa kini.
Objektif sepanjang kursus dua hari ini berlangsung adalah untuk memberi tumpuan menyeluruh kepada perancangan kandungan media secara strategik, pembangunan mesej berimpak tinggi, serta penyesuaian kandungan mengikut platform komunikasi digital semasa.
Kursus ini juga merupakan sebahagian daripada usaha berterusan MPI dalam meningkatkan kecekapan profesional komunikasi dan media di pelbagai sektor melalui latihan yang bersifat praktikal, dinamik dan selaras dengan keperluan industri semasa.





