Media mainkan peranan penting dalam kewartawanan keamanan
Media memainkan peranan penting dalam memupuk keamanan, mengelakkan konflik, kesiapsediaan menghadapi bencana, bantuan kemanusiaan dan juga menentang penyebaran salah maklumat, sebagai sebahagian daripada ‘kewartawanan keamanan’.
Oleh sebab itu, Malaysian Press Institute (MPI) dengan kerjasama Kedutaan Amerika Syarikat, Kuala Lumpur telah mengadakan Bengkel Peranan Media dalam membuat Liputan Kerjasama Keselamatan di Hotel Hilton Kuching, Sarawak yang merupakan satu forum untuk wartawan Malaysia membina satu pemahaman umum mengenai prinsip-prinsip utama dalam melaksanakan operasi keselamatan dan mempromosikan penglibatan bersama serantau.
Bengkel yang berlangsung selama dua hari iaitu pada 10 dan 11 April 2019 mengadakan tujuh sesi ceramah dan lawatan media ke USNS Fall River di Pending bersempena dengan Pacific Partnership 2019 pada hari keduanya. Lima penceramah yang dibawa kali ini adalah daripada Malaysia dan Amerika Syarikat.
Bengkel yang dirasmikan oleh Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Her Excellency Kamala Shirin Lakhdhir itu dihadiri 21 wartawan mewakili 17 pertubuhan berita dari seluruh negara temasuk Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), New Straits Times, Utusan Malaysia, Utusan Sarawak, The Borneo Post, Jabatan Penerangan Sarawak, New Sarawak Tribune, Suara Sarawak, Rakan Sarawak, RTM Sarawak, Daily Express, RTM Sabah, New Sabah Times, Majalah Perajurit, Asian Defence Journal, Malaysia World News & Benarnews.
Bengkel yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada wartawan Malaysia dengan forum bagi menilai dan membincangkan amalan terbaik dalam membuat liputan mengenai keselamatan, pertahanan, bencana dan bantuan kemanusiaan di seluruh Asia Tenggara.
Berikut merupakan rangkuman gambar-gambar sekitar dua hari berkursus.









