Kursus
Memperkasa Jurnalis Dengan Kecerdasan Buatan Dalam Pengurusan Kandungan Dan Bilik Berita

Memperkasa Jurnalis Dengan Kecerdasan Buatan Dalam Pengurusan Kandungan Dan Bilik Berita

7 Januari 2025, Kuching – Sesi hari ini diteruskan dengan perkongsian daripada Encik Cletus de Rozario selaku penceramah utama dalam Kursus Siri 2 “Artificial Intelligence: Empowering Journalists on Content and Newsroom Management”. 

Kursus ini memberi peluang kepada peserta untuk mendalami peranan kecerdasan buatan (AI) dalam memperkasakan jurnalis serta pengurusan kandungan dan bilik berita di era digital kini.

Dengan menguasai teknologi seperti algoritma cadangan, pembelajaran mendalam dalam pengenalan imej dan video, serta pemeriksaan fakta automatik, dapat menjadikan industri kewartawanan lebih efektif dan berimpak tinggi. Teknologi ini memberi peluang kepada peserta untuk mempertingkatkan ketepatan  informasi dalam menyampaikan laporan secara tepat, pantas dan berimpak.

Penceramah sedang memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai perkongsian beliau.
Kemajuan AI membantu pengamal media Sarawak mencapai efisiensi yang lebih optimal.