Ayer Keroh, 6 Ogos – Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Press Institute (MPI), Dr. Ainol Amriz Ismail berkongsi ilmu dan pengalaman bersama warga Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam Bengkel Pemerkasaan dan Tadbir Urus Media Sosial Rasmi yang berlangsung selama tiga hari bermula 5 Ogos hingga 7 Ogos.
Bengkel ini memberi penekanan kepada inovasi dalam gerak kerja organisasi dengan penekanan terhadap pendigitalan sebagai strategi memperkukuh penyampaian maklumat dan komunikasi jabatan.
Selain itu, peserta turut didedahkan dengan latihan pemantapan diri dalam bidang penulisan kandungan, rekaan grafik serta penghasilan video, menggunakan teknologi terkini bagi memperkasakan platform media sosial rasmi jabatan.






