Pegawai-pegawai UKAS asah kemahiran “Sentiment and Predictive Analysis”
“Sentiment and Predictive Analysis Workshop” untuk pegawai-pegawai Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) di bawah Jabatan Premier Sarawak telah diadakan di Kuching dan Miri baru-baru ini. Bengkel di Kuching berlangsung pada 9-10 September 2024 dihadiri seramai 20 peserta manakala di Miri pada 12-13 September 2024, seramai 22 peserta.
UKAS mengambil inisiatif menganjurkan bengkel ini melalui Malaysian Press Institute (MPI) memandangkan kemahiran menganalisa sentimen ini sangat penting untuk pegawai-pegawai komunikasi UKAS mentafsir dan bertindak balas terhadap sentimen awam di media arus perdana dan digital mengenai organisasi mereka. Dengan memahami maklum balas yang diterima daripada pihak berkepentingan, pegawai-pegawai UKAS dapat meningkatkan lagi strategi komunikasi mereka dan secara proaktif menangani isu-isu sebelum ia menjadi lebih besar.
Kedua-dua bengkel di Kuching dan Miri dikendalikan sepenuhnya oleh pengajar yang dibawa oleh MPI iaitu En. Munir Anaam Zuljadan, mantan Ketua Editor, Digital & Multimedia NSTP.
Di akhir kedua-dua bengkel, para peserta banyak memberi komen positif dan berpuas hati dengan kemahiran yang baru dipelajari. Apatah lagi dengan bantuan dan panduan daripada pengajar secara ‘one-on-one’, aplikasi-aplikasi yang agak kompleks akhirnya menjadi mudah dan dapat diintegrasikan pula ke dalam strategi komunikasi korporat UKAS. Para peserta juga mencadangkan bengkel ini diadakan lebih kerap dengan pengisian yang lebih ‘advance’ sesuai dengan perkembangan digital semasa.