Kursus Pengacara Majlis Rasmi yang dihadiri oleh tiga orang pegawai dari PLUS Malaysia Berhad dan Projek Lebuhraya Usahasama Berhad ini telah memberi impak positif dari segi profesionalisme dan keyakinan diri dalam mengendalikan sesuatu majlis rasmi.
Kursus yang dikendalikan oleh Cik Margaret Gambang, penyampai berita di Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang pengacaraan telah mencurahkan ilmunya dengan sangat terperinci dan secara personal kepada para peserta dan mereka telah mengaplikasikan apa yang dipelajari sepanjang berkursus.
Jika pada hari pertama peserta berasa takut dan tiada keyakinan diri tetapi tidak untuk hari kedua setelah latihan demi latihan diberikan sepanjang dua hari berkursus yang diadakan pada 8 – 9 Oktober 2024 di Pusat Latihan MPI Cyberjaya.
Banyak tunjuk ajar dicurahkan oleh penceramah di mana cara penyampaian dan intonasi mereka telah banyak berubah pada hari kedua.
Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh, para pegawai PLUS kini lebih bersedia untuk memainkan peranan penting dalam pengacaraan majlis rasmi dan acara syarikat, seterusnya memperkukuhkan imej organisasi.








