
Pendedahan kepada Media Tentang Scam Pelaburan
Pada 20 Januari 2025, satu ceramah bertajuk Educational Talk on Scams & Investor Protection for Media Professionals telah diadakan di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Kuala Lumpur.
SC dengan kerjasama Malaysian Press Institute (MPI) menganjurkan sesi ceramah kesedaran jenayah penipuan pelaburan dalam talian ini untuk pengamal media. Seramai 20 wakil media tempatan dari 15 organisasi menghadirinya yang telah dirasmikan oleh Pengarah Eksekutif Komunikasi Strategik dan Pejabat Pengerusi SC, Datuk Seri Abdul Jalil Hamid.
Dalam ucapan pembukaan, Datuk Seri Jalil berkata ceramah dianjurkan bagi menangani isu penipuan yang semakin sofistikated dalam era moden ini, dan media memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesedaran awam mengenai penipuan berkenaan bagi melindungi masyarakat daripada menjadi mangsa.
Sesi dimulakan dengan pembentangan oleh Encik Jawahar Ali Ameer Ali, Pengurus Besar, Bahagian Pengguna dan Pelabur SC, yang membincangkan topik bertajuk Empowering the Media in Investor Protection. Slot seterusnya disampaikan oleh Encik Mohamad Nor Azizi Mohd Nasir, Timbalan Pengurus Besar, Bahagian Pembaharuan Undang-Undang SC dengan tajuk Promoting Responsible Financial Advice.
Antara isi kandungan ceramah berkenaan termasuk mengenal pasti trend terkini penipuan pelaburan yang kerap berlaku dan perlindungan pelabur serta integriti pasaran daripada risiko penipuan.
Ceramah ini juga bertujuan untuk memperkasakan pengamal media dengan pengetahuan yang diperlukan bagi menghasilkan laporan yang lebih berkesan.
Rakaman gambar-gambar



