PENGGUNAAN AI DALAM MENGHASILKAN VIDEO TIKTOK
Seramai 28 pengamal media di negeri Sabah menghadiri Kursus TikTok Storytelling selama dua hari bermula 30 – 31 Julai 2024 di Hotel The Palace, Kota Kinabalu anjuran Malaysian Press Institute (MPI).
Kursus ini merupakan kerjasama di antara Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ), Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) dan Sabah Journalists Association (SJA).
Antara pengisian kursus dua hari tersebut ialah pengenalan Penulisan Prompt AI, penghasilan story board AI dan video AI, konten terbaik untuk tiktok, praktis live tiktok, rakaman video pendek dan rakaman video public service announcement (PSA), suntingan video menggunakan capcut, VN Editor dan aplikasi mengikut kemahiran peserta.
Penceramah kursus ialah Encik Ainol Amriz Ismail, Penolong Pengarang/Penerbit Rancangan Utusan TV yang juga merupakan Ahli Majlis Pentadbir MPI.
Majlis Perasmian kursus disempurnakan oleh Ketua Pegawai Penyelaras Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ), Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai.
Menurut beliau, kursus tersebut bertujuan membantu meningkatkan kecekapan pengamal media dalam menerbitkan berita menggunakan platform media sosial iaitu aplikasi tiktok yang menjadi trend terkini penyampaian berita dalam menarik minat audiens khususnya generasi muda.
Kursus ini juga dikhaskan kepada pengamal media, pegawai-pegawai Jabatan Penerangan Negeri Sabah dan para pegawai kerajaan negeri serta agensi di bawahnya untuk mengintegrasikan Tiktok ke dalam strategi pelaporan dan penceritaan.
Rakaman gambar-gambar: