PERKONGSIAN PENGALAMAN LEBIH BERKESAN BERBANDING TEORI
Perkongsian pengalaman buat kali kedua bersama Puan Haliza Hashim, koresponden TV yang berpengkalan di London telah diadakan di Bilik Latihan Malaysian Press Institute, Jalan Tunku Abdul Halim, Kuala Lumpur pada 16 Februari 2016 anjuran Malaysian Press Institute (MPI).
- Puan Haliza Hashim, penceramah yang berpengalaman selama 25 tahun dalam bidang penyiaran sedang berkongsi pengalaman beliau bersama para peserta
Seramai 15 orang peserta yang terdiri daripada lapan (8) orang wartawan penyiaran dari TV Alhijrah, masing-masing dua (2) orang wartawan dari RTM dan BERNAMA dan 3 (tiga) orang pegawai dari Jabatan Penerangan Malaysia berkata bengkel ini telah membantu mereka dalam memantapkan lagi kerjaya dalam bidang kewartawanan terutama wartawan penyiaran.
- Antara para peserta kursus tekun mendengar ceramah dari Puan Haliza
Rata-rata peserta berpendapat kursus ini sangat bermanfaat untuk para wartawan khususnya wartawan muda. Perkongsian pengalaman adalah lebih berkesan daripada teori kerana lebih menaikkan semangat. Antara pengalaman lain yang dapat dikongsikan penceramah bersama para peserta adalah dalam membuat sesuatu liputan di luar lapangan secara berseorangan. Pengalaman bekerja atau mencari “story” di negara luar juga dapat dikongsikan selain cara penyampaian yang berkesan dan isi yang memberi inspirasi.
- Peserta bergambar kenangan bersama Puan Haliza Hashim dan Datuk Karam Singh Walia di akhir kursus.