Cyberjaya, 12 Ogos 2025 – Kursus ‘The Power of Visuals and AI: Using AI For Infographics & Creative Presentations’ diteruskan lagi pada sesi petang dengan pengisian menarik bertajuk “The Power of AI – Using AI to Create Content for Infographics”
Melalui sesi latihan, peserta telah didedahkan dengan cara sebenar menggunakan AI dan alat grafik untuk mencipta infografik, di mana mereka diberi peluang untuk meneroka kreativiti masing-masing dalam menghasilkan bahan visual yang menarik dan berimformatif.
Sebagai penutup pada hari ini, sesi diteruskan
dengan pembentangan dan perbincangan hasil karya setiap kumpulan, yang menampilkan pelbagai pendekatan inovatif dan berimpak tinggi dalam menyampaikan maklumat kepada audiens.






