Program AI in News Buka Tirai di TVS

KUCHING, 16 Julai – Program Artificial Intelligence in News: Bridging Technology and Storytelling membuka tirainya pagi ini, melibatkan penyertaan pengamal media daripada TV Sarawak (TVS) dalam sesi dua hari bersama Encik Cletus De Rozario.

Program ini memberi tumpuan kepada peningkatan produktiviti melalui penerapan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam bidang kewartawanan khususnya dalam aspek pengurusan kandungan, pelaporan berita televisyen dan juga platform digital.

Sepanjang program ini, peserta akan didedahkan kepada pelbagai alat dan aplikasi berasaskan AI yang dapat membantu mempercepat proses editorial, menjimatkan masa serta meningkatkan kualiti kandungan di pelbagai saluran penyiaran.

Usaha ini merupakan sebahagian daripada inisiatif TVS untuk memperkasa golongan pengamal media dengan kemahiran digital yang relevan serta menyokong transformasi industri media seiring perkembangan teknologi masa kini.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter