
Semangat dan Dedikasi Luar Biasa Media Sabah
22 Januari 2025, Kota Kinabalu – Hari terakhir Siri Jelajah Lokasi Ketiga Kursus Artificial Intelligence: Empowering Journalists on Content and Newsroom Management yang menghimpunkan 26 pengamal media Sabah! Sepanjang program ini, para peserta telah mendalami potensi AI dalam dunia media, mempelajari teknik inovatif, dan berkongsi idea untuk menghadapi cabaran era digital.
Terima kasih atas semangat, dedikasi, dan kolaborasi yang luar biasa daripada semua peserta! MPI yakin ilmu yang diperoleh akan menjadi pemangkin transformasi dalam dunia media Sabah dan Malaysia secara amnya.
MPI mengucapkan selamat maju jaya kepada semua peserta! Semoga anda terus cemerlang membawa inovasi teknologi dalam karya anda.
Pengamal media di selatan tanah air, jumpa pada 25 & 26 Januari nanti di Johor Bahru!