![SPOKESPERSON TRAINING : MENDEPANI MEDIA DENGAN YAKIN SPOKESPERSON TRAINING : MENDEPANI MEDIA DENGAN YAKIN](https://mpi.my/wp/wp-content/uploads/2024/12/DSC08460.jpg)
SPOKESPERSON TRAINING : MENDEPANI MEDIA DENGAN YAKIN
3 Disember 2024, Kuching – ‘SPOKESPERSON TRAINING’ yang direka khas untuk memenuhi keperluan latihan Sarawak Energy Berhad (SEB) bermula pada 2 Disember. Kursus dua hari ini dikendalikan oleh Encik Nizal Mohammad, mantan wartawan dan personaliti tersohor TV3.
Sesi pertama dan kedua, peserta dilatih dalam teknik penyampaian maklumat yang jelas dan berkesan, serta cara menjawab isu dan membina reputasi yang kukuh. Mereka juga dipandu untuk membina ‘key messages’ yang konsisten dan relevan.
Pada sesi ketiga dan keempat, peserta berpeluang untuk berlatih dalam situasi sidang media sebenar. Mereka diuji untuk menyampaikan maklumat dengan tepat, menjawab soalan tajam, menguruskan tekanan dan situasi mencabar dalam menghadapi isu-isu semasa, seperti sekatan BAKUN dan bil meter pintar yang tinggi.
Melalui latihan ini, peserta bukan sahaja meningkatkan keyakinan diri, tetapi juga mengasah kemahiran dalam menangani isu sensitif secara kritikal. Dengan sokongan peralatan kamera MPI yang lengkap, program ini berjaya memperkukuh kemahiran komunikasi peserta dalam menghadapi media.
Berikut adalah rangkuman yang berlaku semasa hari pertama program berlangsung pada 2 Disember 2024:
![](https://mpi.my/wp/wp-content/uploads/2024/12/WhatsApp-Image-2024-12-02-at-10.16.43-AM-1-1024x768.jpeg)
![](https://mpi.my/wp/wp-content/uploads/2024/12/654153ca-9141-4be4-b77f-1347fbdfae5d-2-1024x768.jpg)
![](https://mpi.my/wp/wp-content/uploads/2024/12/641850af-5e1d-4290-a961-6d504c36722a-2-1024x768.jpg)
![](https://mpi.my/wp/wp-content/uploads/2024/12/DSC08460.jpg)