KUALA LUMPUR, 26 Februari – Bengkel Strategi Pemerkasaan Media Sosial Perbadanan Putrajaya terus berlangsung dengan sesi perkongsian Encik Mohd Faizal Zakaria, yang membimbing peserta dalam teknik penulisan berita bagi memastikan kandungan lebih padat, berstruktur, dan menarik perhatian audiens digital.
Sesi turut diserikan dengan perkongsian daripada Encik Badruldin Zakaria, Timbalan Pengarang Berita Sinar Harian, berkongsi pengalaman serta teknik menggunakan teknologi Artificial Intelligence (AI) dalam penerbitan kandungan video yang lebih efisien dan kreatif. Peserta turut mempraktikkan penggunaan ChatGPT dan CapCut untuk menghasilkan kandungan visual yang ringkas dan relevan berkaitan Putrajaya.
Bengkel ini menjadi platform terbaik bagi peserta mengasah kemahiran digital seiring perkembangan teknologi media sosial. 🚀✨





