Dunia Digital dan Multimedia memang tidak dapat dipisahkan. Oleh itu, Malaysian Press Institute (MPI) sekali lagi mengadakan Kursus Kewartawanan Digital & Multimedia selama tiga hari bermula 26 hingga 28 Jun 2018 di Hotel Holiday Villa Subang Jaya, Selangor.
Empat penceramah berpengalaman dalam bidang masing-masing telah dijemput untuk berkongsi pengalaman bersama 10 pengamal komunikasi korporat dan juga pengamal media. Antaranya adalah PLUS seramai 3 orang peserta, Icon Production 2 orang, JKR Sarawak 2 orang, UIAM seorang dan 2 orang dari Borneo Post Sarawak.
Antara penceramah yang dijemput adalah Puan Hasnah Mohd. Saleh, Munsyi Dewan, Dewan Bahasa & Pustaka, Encik Zainal Abdul Halim, Professional Photographer mantan Wartawan Foto Reuter, Encik Ahmad Shaifullizam Arshad (GBAM), Pengurus, Digital & Kandungan, Star Media Radio Grup dan Datuk Ahirudin bin Attan, Blogger, Rocky Bru bersama Encik Mohamad Zakhir Mohamad yang lebih dikenali sebagai Big Dog. Beliau ialah Ketua Eksekutif portal berita The Mole.




