Kuala Lumpur, 5 Ogos 2025 – Bengkel Train The Trainer on Google AI Tools for News Publishers di Aloft Hotel KL Sentral pada hari ini diteruskan dengan sesi pada sebelah petang iaitu berkaitan pengenalan kepada alat berasaskan AI yang direka khusus untuk kegunaan wartawan.
Peserta didedahkan kepada aplikasi ‘Pinpoint’, alat yang membantu dalam pengurusan dokumen, transkripsi, dan pengesahan maklumat melalui teknologi OCR. Sesi ini menekankan kecekapan dalam menyusun data terutamanya bagi tugasan laporan penyiasatan.
Seterusnya, sesi Notebook LM juga diperkenalkan yang merupakan pembantu AI yang memudahkan persediaan temu bual, pemahaman isu kompleks, serta penciptaan kandungan multimedia. Peserta mempelajari cara memanfaatkan teknologi ini untuk mempercepat proses editorial tanpa mengabaikan etika kewartawanan.
Sesi-sesi yang diadakan dalam bengkel ini membantu memperkukuh kemahiran digital peserta, selaras dengan matlamat bengkel untuk memperkasa pengamal media dalam era digital AI masa kini.






