TVS Sertai Bengkel On-The-Fly Data Journalism

Kuching, 14 Julai – Pagi ini sedang berlangsung bengkel On-The-Fly Data Journalism yang melibatkan penyertaan pengamal media daripada TVS. Program ini merupakan inisiatif untuk memperkasakan kemahiran kewartawanan data dalam kalangan petugas media, selari dengan keperluan semasa industri berita yang semakin dipacu oleh data dan teknologi.

Peogram dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ketua Pegawai Media TVS, Tuan Haji Mohamad Sardon Zainal yang menyatakan harapan agar bengkel ini menjadi pemangkin kepada pendekatan baharu dalam penyampaian berita.

Bengkel dua hari ini dikendalikan oleh Encik Munir Anaam Zuljadan akan berkongsi kaedah liputan berita berasaskan data secara langsung dan responsif menggunakan perisian serta platform terkini.

Program ini dijangka dapat memperkukuh kebolehan peserta dalam mentafsir, menganalisis dan mempersembahkan data dalam bentuk laporan yang menarik dan mudah difahami.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest