TVS Teroka Kewartawanan Berasaskan Data

Kuching, 14 Julai – Hari pertama bengkel On-The-Fly Data Journalism bersama pengamal media daripada TV Sarawak (TVS) membuka tirai dengan pengenalan kepada teknik analisis sentimen menggunakan kaedah visualisasi seperti word cloud serta aplikasi asas perisian Excel.

Pendekatan ini bertujuan untuk membantu pengamal media memahami kecenderungan maklum balas awam terhadap isu-isu semasa menerusi analisis data yang pantas dan berstruktur.

Peserta turut didedahkan kepada beberapa alat Open-Source Intelligence (OSINT) yang berguna dalam proses pengumpulan maklumat terbuka yang merupakan kemahiran penting dalam dunia kewartawanan moden yang menuntut ketepatan dan kepantasan dalam penyampaian maklumat.

Bengkel yang dikendalikan oleh Encik Munir Anaam Zuljadan ini memberi penekanan kepada penggunaan alat percuma dan mudah akses bagi memperkasa kerja lapangan wartawan serta meningkatkan mutu laporan berita berasaskan data.

“Anda Namakan, Kami Adakan”

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter