KUCHING, 27 Oktober – Hari pertama Kursus Penulisan Profesional dan Komunikasi Efektif anjuran Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) bersama Malaysian Press Institute (MPI) berakhir dengan sesi pembelajaran yang padat dan interaktif.
Sepanjang hari, peserta didedahkan kepada pelbagai topik berkaitan dunia digital termasuk strategi pembangunan kandungan pelbagai platform dan penggunaan aplikasi Google bagi meningkatkan kecekapan kerja harian.
Antara aplikasi yang diperkenalkan ialah Google Pinpoint dan Google NotebookLM, dua alat yang mampu membantu penganalisisan data, penyusunan maklumat serta penghasilan kandungan dengan lebih sistematik dan pantas.
Kursus yang dikendalikan oleh tenaga pengajar MPI, Mohd Faizal Zakaria akan bersambung esok bagi hari terakhir.












