Warga Sarawak Tambah Ilmu Penulisan Media dari MPI
Bertempat di SMA Creative Heritage Innovation Centre (CHIC) Kuching Sarawak, seramai 22 orang peserta terdiri daripada editor, wartawan, PR dan pensyarah sekitar Kuching mengikuti Bengkel Penulisan Media Berkesan anjuran Malaysian Press Institute (MPI).
Kursus yang berlangsung pada 5 – 6 Oktober 2020 telah menarik minat dan membuka mata peserta yang rata-rata berpendapat ianya sangat interaktif dan banyak ilmu dalam penulisan berita dapat dipelajari.
CHIC yang disokong sepenuhnya oleh Sarawak Multimedia Authority (SMA) dan diuruskan oleh Sarawak Media Group (SMG) memilih 5 jenis kursus dari kalendar MPI yang dipanggil “Creative Media Trainings (workshop)” untuk dihadiri oleh warga Sarawak. Baki empat lagi kursus antaranya Penulisan Rencana & Naratif Berkesan, Penulisan Teks Ucapan, Facing the Camera dan Infographic akan diadakan sama ada pada tahun ini atau pada tahun hadapan berikutan pandemik Covid-19 yang masih belum reda.
Penceramah untuk kursus ini ialah Mohd Faizal Zakaria, Mantan Editor Prosesan KOSMO!. merupakan penerima Hadiah Kajai tahun 2004 yang dianggap mentor oleh peserta dengan cara penyampaian yang padat dan tidak bosan telah membuatkan kursus ini berjalan dengan lancar.
5. Peserta bergambar kenangan bersama penceramah dihadapan pentas bilik latihan SMA Creative Heritage Innovation Centre.